Pantun Empat Kerat- Budi
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan taman
Mesra kenangan sepanjang zaman
Ambil gelah jolok ramunia
Kait mari sampai berdiri
Kita hidup atas dunia
Buat baik taburkan budi
Ambilkan saya buah delima
Masak sebiji di balik daun
Budi tuan saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun
Anak dara berkain cukin
Dari daik berkain cukin
Dari daik bulan puasa
Tidak kira kaya miskin
asalkan baik budi bahasa
Harun Mat Piah (penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisional: nasihat dan pngajaran 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka
Maksud/tema
Berkaitan dengan kepentinga budi jasa, kesopanan tutur kata dan tingkah laku dalam kehidupan manusia.
Rangkap 1
Seseorang yang menerima budi dan jasa baik seseorang akan sentiasa mengenangnya sepanjang masa.
Rangkap 2
Semasa hidup di dunia manusia digalakkan berbuat baik banyak menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang sesudah mati.
Rangkap 3
Budi baik yang diberikan kepada seseorang akan sentiasa diingat dikenang dan dihargai sepanjang masa
Rangkap 4
Masyarakat melayu sangat menyanjung nilai budi bahasa, iaitu kesopanan mengatasi soal kebendaan, kekayaan aatu kemiskinan seseorang
No comments:
Post a Comment