Ada kolam ada masjid,
Tempat orang sembahyang raya,
Tengah malam bulan terbit,
Bingtang sebiji membawa cahaya.
Air surut memungut bayam,
Sayur diisi di dalam kantung,
Jangan diikat resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.
Alang-alang menjeruk asam,
Biar lebih kurang jangan,
Alang-alang menyeluk perkasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.
Ambil golok di atas puan,
Hendak berakit ke Kuala Kedah,
Usah dijolok sarang tebuan,
Badan sakit sesal tak sudah.
Harun Mat Piah (penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka
Maksud Pantun
Pantun ini memberikan nasihat kepada manusia kea rah membentuk peribdai yang mulia.
Rangkap 1
Nasihat agar suka menolong orang membantu dalam kesusahan dan kesulitan. Seperti sebiji bintang yang menyinari langit gelap pada waktu malam untuk memandu arah perjalanan manusia
Rangkap 2
Nasihat agar kita jangan suka membuat kecoh atau heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil
Rangkap 3
Maksudnya apabila melakukan sesuatu pekerjaan lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga Berjaya dan hasilnya maksimum.
Rangkap 4
Maksudnya mendapat susah kerana melakukan sesuatu perkara yang tidak elok dan tidak berfikir semasa bertindak. Apabila sudah berlaku, tidak guna menyesal. Sama seperti perbuatan memusnah kan sarang tebuan, menyebabkan badan sakit kerana disengat tebuan berbisa tersebut.
No comments:
Post a Comment