Tuesday, May 19, 2015

Pantun Empat Kerat-Cindai

pantun Empat Kerat-Cindai

Naik Bukit membeli inai
Inai tidak berbunga lagi
Kain songket bertepi cindai
Cindai tidak berguna lagi

Kapal nerlayar menimbang inai
Patah kemudi menyusur pantai

Tuan laksana cindai yang halus
Sama padan maka dipakai

Kapal melayar menimbang arus
Patah kemudi menyusur pantai
Sudah jumpa songket yang bagus
Kelah membeli benang memakai

Dari Makasa pergi Palembang
Lalu di Ambon ke Majapahit
Sungguh kasar kainnya jarang
Kalau ditenum menjadi baik.

Maksud/tema
Pantun ini bertemakan cindai iaitu lambung sesuatu yang peru sentiasa menjaga mutu atau maruah diri sepanjang masa agar terus dipandang mulia dan berharga.

Rangkap 1
Maaksudnya sesuatu(barangan atau sifat manusia)yang baik atau bernilai tidak akan terselah nilainya atau tidak berguna jika diletakkan pada tempat yang tidak sesuai.

Rangkap 2
Maksudnya disebabkan sesuatu itu baik,indah bermutu, bernilai tinggi, maka disukai dan digunakan oleh orang.

Rangkap 3
<aksudnya sesuatu yang baik,indah,dan bermutu akan tetap dibeli dan diguna pakai orang walaupun harganya tinggi,mahal atau sukar untuk didapati.

Rangkap 4
Maksudnya sesuatu yang asahnya kelihatan tidak elok, tidak sempurna, andainya diperbaik dengan teliti akan kelihatan baik, cantik dan bernilai.




Pantun Empat Kerat-Budi

Pantun Empat Kerat- Budi

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan taman
Mesra kenangan sepanjang zaman

Ambil gelah jolok ramunia
Kait mari sampai berdiri
Kita hidup atas dunia
Buat baik taburkan budi

Ambilkan saya buah delima
Masak sebiji di balik daun
Budi tuan saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Anak dara berkain cukin
Dari daik berkain cukin
Dari daik bulan puasa
Tidak kira kaya miskin
asalkan baik budi bahasa

Harun Mat Piah (penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisional: nasihat dan pngajaran 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka

Maksud/tema

Berkaitan dengan kepentinga budi jasa, kesopanan tutur kata dan tingkah laku dalam kehidupan manusia.

Rangkap 1
Seseorang yang menerima budi dan jasa baik seseorang akan sentiasa mengenangnya sepanjang masa.

Rangkap 2
Semasa hidup di dunia manusia digalakkan berbuat baik banyak menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang sesudah mati.

Rangkap 3
Budi baik yang diberikan kepada seseorang akan sentiasa diingat dikenang dan dihargai sepanjang masa

Rangkap 4
Masyarakat melayu sangat menyanjung nilai budi bahasa, iaitu kesopanan mengatasi soal kebendaan, kekayaan aatu kemiskinan seseorang 

1. Pantun Empat Kerat: Nasihat

Ada kolam ada masjid,
Tempat orang sembahyang raya,
Tengah malam bulan terbit,
Bingtang sebiji membawa cahaya.

Air surut memungut bayam,
Sayur diisi di dalam kantung,
Jangan diikat resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Alang-alang menjeruk asam,
Biar lebih kurang jangan,
Alang-alang menyeluk perkasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.

Ambil golok di atas puan,
Hendak berakit ke Kuala Kedah,
Usah dijolok sarang tebuan,
Badan sakit sesal tak sudah.

Harun Mat Piah (penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka

Maksud Pantun

Pantun ini memberikan nasihat kepada manusia kea rah membentuk peribdai yang mulia.

Rangkap 1
Nasihat agar suka menolong orang membantu dalam kesusahan dan kesulitan. Seperti sebiji bintang yang menyinari langit gelap pada waktu malam untuk memandu arah perjalanan manusia

Rangkap 2
Nasihat agar kita jangan suka membuat kecoh atau heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil

Rangkap 3
Maksudnya apabila melakukan sesuatu pekerjaan lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga Berjaya dan hasilnya maksimum.

Rangkap 4
Maksudnya mendapat susah kerana melakukan sesuatu perkara yang tidak elok dan tidak berfikir semasa bertindak. Apabila sudah berlaku, tidak guna menyesal. Sama seperti perbuatan memusnah kan sarang tebuan, menyebabkan badan sakit kerana disengat tebuan berbisa tersebut.